Monday 19 December 2011


PELAJAR PERLU KETEPI ''BUDAYA DISUAPKAN'': ILIYAS

KOTA KINABALU: Para pelajar digesa supaya mengetepikan ‘budaya disuapkan’ (Spoon-Feeding Culture) iaitu terlalu mengharap guru menyediakan semua ilmu pendidikan dalam pembelajaran.

Mayor Bandaraya Datuk Iliyas Ibrahim berkata, sebaliknya para pelajar seharusnya lebih bijak, berfikiran kreatif dan berdikari dalam memperolehi maklumat untuk meningkatkan pengetahuan sendiri.

“Saya juga berharap agar para pelajar tidak mengamalkan ‘budaya pop’ yang hidup tanpa fokus dan tanpa arah hidup yang jelas.

“Anda (para pelajar) adalah penggerak masa depan untuk negeri dan negara ini yang diharap dapat memberi sumbangan ke arah mencapai wawasan 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Graduasi pelajar Institut Sinaran, di dewan Sekolah Menengah Tshun Tsin, di sini, kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Hakka Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Lembaga Sekolah Institut Sinaran dan Sekolah Menengah Tsung Tsin Sabah Datuk Yong Kyok Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sinaran Lim Khoon Chin, para pelajar dan ibu bapa pelajar.
Pada majlis itu seramai 168 pelajar berjaya menamatkan pengajian dalam A Level Sains, A Level Perdagangan dan Diploma Perdagangan masing-masing menerima sijil.

Mengenai pendidikan, Iliyas menyeru pelajar tempatan supaya menghargai peluang belajar ke peringkat lebih tinggi termasuk peringkat kedoktoran.
“Ini sejajar dengan era globalisasi yang memberi penekanan kepada ilmu pengetahuan terutamanya di kalangan generasi muda dan selaras dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat bagi membolehkan mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam perkembangan teknologi baru,” katanya.

Dalam hal ini, beliau menghargai sumbangan yang disalurkan oleh Persatuan Hakka Kota Kinabalu yang telah memainkan peranan penting bagi memastikan pengwujudan Institut Sinaran di Sekolah Menengah Tshung Tsin.

Institut Sinaran telah diwujudkan sebagai pusat terbesar pusat pengajian A Level bagi Malaysia Timur. Pada tahun 2008, institut itu juga terpilih sebagai pusat pengajian Matrkulasi Australia Selatan untuk Malaysia Timur.

Sementara itu, Yong berkata, majlis graduasi itu merupakan satu sejaran bagi institut berkenaan yang menyaksikan kumpulan pertama pelajar yang berjaya menamatkan pengajian sejak Institut Sinaran dipindahkan ke Sekolah Menengah Tshung Tsin.

“Saya berharap para pelajar dapat berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian, seterusnya berjaya dalam hidup.

“Tiada yang mustahil sekiranya anda komited dan memberi tumpuan terhadap pelajaran. Oleh itu saya berharap para pelajar dapat mengurus masa dengan lebih bijak serta mengetepikan ‘pencuri masa’ seperti melayari internet berlebihan, masa yang panjang bersembang dalam talian, facebook dan bergayut di telefon,” katanya.

Dipetik dari www.newsabahtimes.com.my

Sunday 20 November 2011

Pelajar Sinaran seharusnya mentrikan bahasa

Sejak dilahirkan oleh seorang insan yang bernama ibu, individu itu akan mempelajari fisiologi ibunya serta bahasa isyarat walaupun masih lagi tidak mampu bercakap tetapi gerakan dan tagisannya dapat berkomunikasi dengan ibu. 

Setelah bersekolah pula, individu itu diajar pula beberapa bahasa untuk berkomunikasi dan menelaah ilmu pengetahuan. Individu yang berjaya menguasai 3 bahasa untuk berkomunikasi dikira hebat. Pelajar berbangsa Melayu boleh menguasai bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, pelajar Cina pula boleh menguasai bahasa Cina, Melayu dan Inggeris serta  pelajar  India pula boleh menguasai bahasa India, Inggeris dan Melayu.

Mereka ini dipandang hebat dan senang mendapat peluang pekerjaan berbanding dengan mereka yang hanya dapat menguasai dwibahasa. Fikir-fikirkanlah wahai murid-muridku............

Tuesday 8 November 2011

Tentang Guru Cemerlang

(diambil daripada laman web moe)

Guru Cemerlang

Pengenalan

Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.

Punca Kuasa

Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk “ Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang”. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994.
Kuota Guru Cemerlang

Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.

Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.
Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.

Saturday 29 October 2011

Pelajar Sinaranku, Pelajar Harapanku: my life

Guru Sinaran, Pelajar Harapan: my life: Guru hanya penunjuk jalan tetapi jatuh bangun pelajar itu bergantung kepada sinarannya. Walaupun telah terjatuh tetapi boleh bangkit kemabali tentulah ada harapan untuk menjadi modal insan yang terbilang.

Saturday 22 October 2011

Anak murid sekolah rendah.


     Kalian Sudah Dewasa! 


  Wahai murid-muridku yang telahpun berjaya! Walaupun di mana kalian berada, cikgu tetap mengingati sejarah kita bersama dan cikgu mempunyai harapan setinggi gunung ingin melihat kalian menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kalian telah dewasa dalam segala-galanya sama ada fizikal dan mental, tahniah murid-muridku. Pesanan cikgu kepada kalian, kita sebagai manusia yang pada asalnya memerlukan bantuan dan dibantu seadanya oleh orang lain, maka sudah tiba masanya kalian bantulah mereka yang memerlukan bantuan.